"..bukan mudah,bernafas dalam jiwa hamba.."
Ya benar.Ia sukar.Siapa kata hidup ini mudah?Bahkan kalau engkau merasa mudah,mungkin engkau sedang diperkuda oleh al-hawa'.
Mana mungkin mudah.Setiap detik engkau memerangi dirimu sendiri.Dan engkau memerangi arus taghut yang derasnya seolah-olah tiada penghujung.Dua lawan satu.Mampukah?Sudah tentu.Tuhanmu berfirman (al-anfal,66):
"..maka jika ada antaramu seratus orang yang sabar,nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus (musuh).."
Sabarlah.Kerana kerehatanmu hanya di syurga.
0 comments:
Post a Comment