Bismillah
Lama aku fikir semalam,
Dan tadi;
Kita nak bina suatu bangunan
Ada yang kata meletakkan batu bata itu paling penting
Semua kena tolong letak batu bata
Supaya bangunan cepat siap
Ada yang kata
Kumpul duit beli kren lagi bagus
Dan membina penghadang-penghadang supaya angin yang bertiup tak menggoncang
dan membantutkan pembinaan bangunan
Aku?
Aku kata
Dua-dua penting
Tukang letak batu dah pasti penting,
Kalau tak masakan bangunan akan melangit
Tapi letak penghadang pun sama pentingnya
Kumpul duit beli kren pun sama pentingnya
Mudahlah sikit tukang letak batu nak bina
Yang menjadi masalah
Kalau semua nak beli kren atau bina penghadang
Siapa nak letakkan batu?
Kalau semua nak bina batu
Siapa nak bina penghadang?
Hakikatnya dua-dua saling melengkapi
Persoalannya
Kat mana kita letak penggunaan kedua-dua kemahiran mengikut keadaan tempat dan masa
Dan paling penting
Bagaimana kita menjaga batas-batas sewaktu perbezaan
Supaya tak keluar dari jalan iman dan taqwa
Wallahu a'lam
4 comments:
salam
kadang kita perlu korbankan sumthing yg lebih utama dahulu..
dan sekiranya kita adalah orang yang faham untuk bina bangunan, kitalah orang yang akan buat kerja tuh..
cuma kita xnk org ramai di luar sana yg melihat pembinaan bangunan tuh, konfius dengan memikirkan lebih utama untuk membeli kren dan buat penghadang..
dan biarkan mereka yg nak bina penghadang utk menghalang angin yg mendatang..
cuma kena make sure org awam yg melihat tidak konfius..
jadi tanggungjawab si pembina bangunan asas adalah lebih berat dan perlu juga untuk menjaga hubungan dgn merka yg bina penghadang..
Wallahualam
betul3
dua-dua penting
tapi ada prioritas pada setiap masa dan ketika.
pada waktu angin tiada, mungkin boleh difokuskan pada meletak batu.
ataupun pada masa tiada tenaga kerja untuk meletak batu, perlu gunakan kren untuk mempertahankan bangunan sedia ada
mungkin lah kot...
akhirnya jumpe blog! salam ukhuwwah kembali! huhu =D
I have a question and pretty much confused...on syiah...and this blog entry,please read..n help me out with any hujah..http://www.shia-explained.com/
wah, bulan ogos & september bulan bermadah.
yang penting madah berisi.
jzkk
Post a Comment